KOTA BHARU – Seorang bapa yang juga merupakan seorang guru direman selama tujuh hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan selepas dipercayai menikam anak lelakinya yang berusia 11 tahun dalam kejadian di Kampung Banggol Che Dol, Pohon Tanjung, Pasir Mas pada Jumaat.
Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 47 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri di Mahkamah Majistret Kota Bharu.