Kecoh diperkatakan di media sosial sejak Sabtu berhubung konflik rumah tangga membabitkan anak sulung Datuk Zainal Abidin Hassan, Mohd Zaiza dan menantunya, Suzur Sofia.
Menerusi laporan mStar, Isteri kepada Mohd Zaiza, 37, iaitu Suzur Sofia Smeth Jaya, 32, akui hubungan mereka berdepan masalah apabila dia mendakwa tidak dapat berjumpa dua orang anaknya, Muhammad Zaynedine Sulaiman, 5, dan Seri Zayana, 2.