KLANG â Pusat Borong GM Klang (GM Klang) menjangkakan kehadiran pengunjung dalam kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa akan meningkat dua kali ganda pada tahun hadapan menerusi pelbagai kempen istimewa yang akan dilaksanakan sempena Tahun Melawat Selangor 2025.
Pengarah Urusannya, Datuk Lim Seng Kok berkata, rangkaian kempen yang mendapat sokongan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dan Tourism Selangor itu bertujuan memperkasakan sektor pelancongan di Selangor dan menjadikan negeri tersebut sebagai daya tarikan pelancong.